Penyanyi kumpulan The Real Spin, Khalis Shari yang dilaporkan kurang sihat sejak bulan lalu kini terlantar sakit akibat kencing manis dan kandungan garam dalam badan rendah.
Menurut laporan Kosmo! Online, bagaimanapun penyanyi berusia 32 tahun itu mempunyai hasrat bagi menunaikan ibadah umrah pada satu hari nanti.
“Saya teringin nak pergi umrah,” katanya yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin dan abang kepada penyanyi, Tajul Ariff itu.
Isterinya Zalina Azman berkata, tahap kesihatan penyanyi lagu Semakin Rindu itu semakin merosot selepas dimasukkan ke hospital buat kali kedua.
“Selepas lima hari mendapat rawatan, suami dibenarkan keluar dan keadaannya selepas itu nampak positif dan berat badan pun semakin naik.
“Sebulan kemudian dia sekali lagi dimasukkan hospital kerana kandungan garam dalam badan terlalu rendah,” ujarnya yang sudah 13 tahun berkahwin dengan Khalis.
Terdahulu, tular foto di media sosial memaparkan pemilik nama Muhammad Khalis Md Shari itu kelihatan berwajah cengkung dan pucat selain didukung dipercayai untuk dibawa ke hospital.
Sumber: Kosmo! Online (Afifi Hafiz Mohd Nor)
Leave a Reply