Terlalu rindu datuk & nenek, kanak2 jumpa polis minta izin balik kampung

Pejam celik, sudah hampir 2 tahun negara kita dilanda pandemik COVID-19.

Tidak dinafikan, ramai yang rindu untuk pulang ke kampung dan berjumpa dengan ahli keluarga tercinta setelah sekian lama tidak bersua muka dek kerana larangan merentas negeri.

Perkara tersebut bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa, tetapi kanak-kanak turut mengalami perkara yang sama apabila sudah berbulan-bulan tidak bertemu dengan datuk dan nenek di kampung.

Begitulah seperti kisah yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok bernama Puteri Nur Farahanum apabila anak kecilnya sering mengajaknya untuk pulang ke kampung.

Jumpa sendiri & minta izin polis

Setelah puas memujuk anaknya namun masih tidak berhasil, akhirnya wanita ini membawa sendiri kanak-kanak itu bersemuka dengan pihak polis.

@pwincess130BILA KAU DAH RINDU SANGAT, SANGGUP BERANIKAN DIRI JUMPE POLIS😒#lockdown #fyp #fypγ‚· #tiktokmalaysia #intanpayung♬ Intan Payung (feat. Noraniza Idris) – Bunga

Siapa sangka sebaik tiba di balai, anak kecil itu dengan berani meminta izin pihak polis untuk balik ke kampung halaman bertemu datuk dan neneknya.

Namun begitu, pihak polis menjelaskan secara baik bahawa perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan lagi.

Menangis dalam kereta sebab polis tak bagi balik kampung

Lebih memilukan apabila pulang sahaja dari balai polis, kanak-kanak itu dilihat begitu kecewa dan tidak berhenti mengangis dalam kereta. Si ibu cuba memujuk anaknya agar menerima jawapan pihak berkuasa.

@pwincess130Reply to @asmarizal1984 Selepas Menahan Sebak, Abg Polis Tu Kata Tak boleh Balik πŸ₯Ί #fyp #fypγ‚· #tiktokmalaysiaviral #lockdown #intanpayung #part2

♬ Lon Rindu – π•±π–†π–π–’π–ŽπŸ•ŠοΈ

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak saat menyaksikan gelagat kanak-kanak tersebut. Dalam pada itu, ramai juga yang memahami perasaan kanak-kanak itu dan rindu dengan kampung halaman masing-masing.

Sumber: TikTok Puteri Nur Farahanum

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*