[Terkini] Ular berkilat beri petunjuk pada ayah, ” Jasad anak jatuh tingkat 5 air terjun ketika baiki paip ditemukan” (5Gmbr)
Besut : Firasat seorang bapa yang kuat mengatakan m4yat anaknya berada di tingkat tiga Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut dekat sini, tepat apabila mangsa dijumpai di lokasi berkenaan pagi tadi.
Dua hari lalu seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari tingkat lima air terjun Lata Tembakah ketika sedang membaiki saluran paip air bukit untuk orang kampung.
M4yat Abdul Wahab Mat Sulaiman, 27, ditemukan kira-kira 8 pagi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kira-kira 700 meter dari tempat dia terjatuh iaitu di tingkat lima air terjun itu Khamis lalu.
Anak saya dijumpai terapung di tepi batu oleh anggota SAR (mencari dan menyelamat) yang naik ke kawasan itu bermula 7 pagi tadi.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi mencari anak saya sejak petang Khamis, katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut di sini seperti dilaporkan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata m4yat m4ngsa ditemukan di celah batu dalam air tingkat tiga air terjun di hutan lipur itu, kira-kira 8 pagi.
M4yat dihantar ke Unit F0rensik Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pasukan penyelamat bomba membuat tinjauan di sekitar tempat kejadian sejak 7.40 pagi tadi bermula dari tingkat satu hingga lima sebelum menemukan m4yat mangsa di tingkat tiga.
Siasatan awal ke atas mangsa mendapati terdapat kesan-kesan kecederaan pada tubuh,katanya.
Rozak berkata, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan Khamis lalu yang disertai polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan (RELA) serta Jabatan Perhutanan.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang Khamis lalu, m4ngsa berusia 27 tahun, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima Lata Tembakah, Sungai Tenang di Hulu Besut.
Ketika kejadian, arwah yang juga pekerja syarikat kontraktor di hutan lipur itu dikatakan sedang membaiki saluran paip bersama adiknya yang berusia 19 tahun.Al fatihah.
Sumber : mediatular
Leave a Reply