Pelakon Mira Filzah selamat melahirkan bay1 lelaki pada jam 3:40 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Berita gembira ini dikongsikan oleh suaminya iaitu Wan Emir Astar di media sosial dengan meIuahkan rasa syukur selepas pr0ses bersalin berjalan lancar.
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW — isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.
“Putera kami yang bergema nyaring tngisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
“May Allah SWT bless and guide each and every one of us in our own personal journeys through this temp0rary life, aamin YRA,” tulis Emir di ruangan kapsyen.
Untuk makluman, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020.
Komen netizen:
Sumber: instagram wanemirastar
Leave a Reply