Terkandas akibat banjir, usahawan dapat bantuan pampers & susu anak tepi jalan

Memasuki tahun 2021, selain peningkatan kes Covid-19 kini negara kita diduga pula dengan musim banjir. Ramai individu terkesan dengan bencana alam itu termasuk usahawan, Hafiz Mahamad dan keluarga.

Semalam, dia memuat naik perkembangan terkini dirinya dan keluarga yang terperangkap dalam banjir ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Bila malam, saya dh start risau dah tapi memang tak boleh nak buat apa apa. Turn on live sbb ramai tanya update dari saya, tengah buat live tiba tiba ada akak datang “offer pampers” & ada abang datang “offer susu” Ya Allah!!! Cepatnya Allah bantu.
“Mereka baik sangat, sampai je KL nanti. Muka akak & abang ni saya takkan lupa. Saya nak jumpa mereka insyaAllah. Hari ni mereka tolong kita, esok esok kita tlg mereka,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.

Melalui posting tersebut, Hafiz tidak menyangka mereka akan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Jadi, dia dan isterinya Syafiqah Aina tidak perasan bekalan susu dan pampers anak mereka Raisya Narisa tidak mencukupi.

Oleh itu, usahawan berusia 27 tahun telah merakam Instagram ‘live’ bagi memperolehi maklumat daripada penduduk setempat berkenaan kedai runcit berhampiran.

Sebelum ini, Hafiz sememangnya sudah dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas tular video dirinya membantu menguruskan jenazah sahabat baiknya.

Kini, giliran dia pula dibantu oleh penduduk kampung sekitar Gua Musang. Rupa-rupanya ada pemandu lain berdekatan telah menonton siaran Instagram ‘live’ Hafiz dan bergegas membantu mereka.

Mereka telah memberikan susu dan pampers kepada usahawan tersebut dan isterinya untuk digunakan oleh anak mereka.

Terharu dengan apa yang berlaku, Hafiz berjanji untuk berjumpa dengan dua individu berkenaan selepas tiba di Kuala Lumpur nanti.

Rata-rata netizen terharu dengan kejadian yang dilalui Hafiz dan meninggalkan komen positif menyatakan inilah balasan buat dirinya yang suka membantu orang lain sewaktu dalam kesusahan.

Ramai sayang Hafiz

Orang baik Allah jaga

Akan ada yang tolong, cepat atau lambat je

Jaga diri semua

Terdahulu, Hafiz melangsungkan perkahwinan bersama isterinya pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan itu yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*