Sejak kelmarin, nama seorang anggota polis Inspektor Mohd Azri menjadi sebutan warganet apabila rakaman videonya mengawal provokasi yang dilakukan oleh beberapa pemimpin politik tular di media sosial.
Dua rakaman video itu memaparkan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew dan beberapa lagi ‘Yang Berhormat’ (YB) membuat kecoh di pekarangan Mahkamah Raub, Isnin lalu.
Difahamkan, kekecohan berlaku ketika prosiding reman terhadap 18 pekebun durian Musang King yang didakwa menceroboh kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.
Namun, Mohd Azri dilihat tenang dan tidak melayan provokasi itu sebaliknya bertindak tegas dengan memberikan arahan agar mereka keluar dari kawasan terbabit.
Berikutan itu, netizen kagum dengan keberanian dan kesabaran anggota polis tersebut yang disifatkan bertanggungjawab tanpa memandang darjat seseorang.
Malah, segelintir netizen berharap supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaikkan pangkat anggota polis berkenaan yang berintegriti dalam menjalankan tugas.
Harap pertimbang kenaikan pangkat
Terbaik! Moga dinaikkan pangkat…
Kita perlukan lebih ramai macam ni
Tahniah! Bekas bos saya ni
Selain itu, penyanyi rap Caprice turut memuat naik sedutan video tersebut yang respek dengan tindakan Mohd Azri menerusi kapsyen “Ni lah abang polis kita nak 👏 pdrmsia_official give this man a promotion,”.
Naikkan pangkat anggota ini
View this post on Instagram
Menurut laporan media, polis sudah membuka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek kerana menghalang tugas penjawat awam dan merentas negeri ke Raub.
Sumber: Facebook , Instagram Caprice
Leave a Reply