Sebelum ini terdengar ura-ura mengatakan Tan Cheng Hoe bakal mengendalikan pasukan bawah 22 tahun negara. Perkara ini diberitakan selepas pasukan bawah 22 tahun negara tidak lagi menggunakan khidmat Dato Ong Kim Swee selepas mereka tidak layak kepusingan berikutnya ketika sukan sea baru-baru ini.
Namun begitu dikatakan bahawa ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe tidak akan mengendalikan skuad bawah 22 tahun sehingga Jun 2020.
Ini menunjukkan bahawa ketua jurulatih itu hanya akan memberi focus kepada skuad utama Negara yang kini sedang bertanding dalam kempen pusingan kedua Kelayakkan Piala DUnia 2022/Piala Asia 2023 yang akan habis pada Jun 2020.
Menurut laporan akhbar tempatan menyatakan bahawa Tan Cheng Hoe akan cuba memastikan skuad Harimau Malaya layak ke saingan akhir Piala Asia 2023.
FAM juga dikhabarkan tidak berbincang pun mengenai Cheng Hoe untuk dilantik menjadi ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun kerana mahu Cheng Hoe memberi focus untuk layak ke Piala Asia dengan menjadi 2 pasukan terbaik dalam kumpulan G.
Dan tambah wakil daripada Persatuan Bolasepak Malaysia, jika ada sebarang persahabatan melibatkan skuad bawah 22 tahun negara maka Brad Maloney bakal mengendalikan skuad itu buat masa ini.
Untuk pengetahuan anda semua, ketua jurulatih skuad senior yang akan menjadi jurulatih skuad bawah 22 tahun bukanlah perkara asing dalam bolasepak kerana pasukan Vietnam merupakan antara pasukan yang menggunakan jurulatih sama untuk kedua-dua pasukan Negaranya.
Leave a Reply