Bila kita sebut nama pelakon Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah, mesti kita semua ingat dia merupakan pelakon kanak-kanak yang sentiasa menghiasi drama dan filem tempatan yang memiliki bakat yang cukup disegani ramai dahulu.
Walaupun usianya mencecah 25 tahun, dirinya cukup dikenali ramai meskipun pada waktu kini dia kurang muncul di kaca televisyen tempatan semenjak mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya.
Erynne bertudung?
Terbaharu, penampilan Erynne menjadi bualan ramai apabila dia dilihat tampil manis berhijab sambil menutupi bahagian dadanya.
Bukan setakat itu sahaja, Erynne yang pernah terkenal dengan filem Congkak dilihat memakai jaket dan seluar bersaiz longgar.
“Saja mencuba buat masa sekarang. Biar perlahan tetapi pasti, InsyaAllah,”tulisnya di ruangan hantaran tersebut.
View this post on Instagram
Semoga dipermudahkan urusan dan kekal istiqamah
Perkongsian itu menerima banyak doa di kalangan netizen di mana ramai menitipkan doa buat aktres tersebut untuk terus kekal beristiqamah dan dipermudahkan segala urusan.
Nampak manis dan cantik berpakaian longgar
Terdahulu, penampilan Erynne yang serba ringkas ketika bercuti di Genting Highland membuatkan dia tidak kelihatan seperti seorang ibu malah ada yang menyangka anaknya itu adalah seperti adiknya sendiri. Malah, ada juga meluahkan ketidaksangkaan apabila pelakon tersebut sudah mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Erynne mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Afify Sazali pada 17 April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Medinah pada 9 Ogos 2020.
Sumber: Instagram @erynneerynna
Leave a Reply