Tak Sempat Lihat Anak Nikah, Lelaki Minta Edit Foto Bapa Dalam Gambar Kahwin Adik

Setiap pasangan pengantin pastinya mahu seluruh ahli keluarga ada sama di majlis perkahwinan mereka bagi meraikan hari bahagia yang diimpikan selama ini.

Namun, takdir Tuhan tiada siapa dapat menyangkalnya apabila salah seorang daripada mereka pergi menghadap Ilahi beberapa hari menjelang hari istimewa tersebut.

Dapat mesej minta tolong

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dari Indonesia apabila menerima mesej dari seorang pemuda yang meminta bantuan untuk mengedit gambar bapanya yang meninggal dunia beberapa hari menjelang hari pernikahan adiknya.

Dia meminta pantungalimar untuk meletakkan wajah ayahnya agar

Ramai yang tampil bantu

Sehubungan dengan itu, pengguna Twitter tersebut telah menularkan mesej berkenaan dengan hasil editannya.

Menerusi laman komen pula, beberapa netizen juga tampil untuk membantu mengeditkan gambar keluarga mereka agar terlihat lebih jelas berbanding editan yang dilakukan.

Muat naik yang dibuat pada 3 April 2021 itu telah mendapat perhatian netizen apabila dikongsikan kembali lebih daripada 26 ribu RT dan 129 ribu tanda suka diruangan Twitter pantungalimar itu.

Semoga dengan gambar perkahwinan yang diedit akaun pantungalimar dan warganet itu dapat mengubat kerinduan keluarga pengantin tersebut dengan sosok bapa mereka yang meninggal dunia beberapa hari sebelum majlis perkahwinan.

Sumber: pantungalimar

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*