Anak2 Buat Belon Dari Plastik Mahu Sambvt hari jadi Bapa, kerana Tak Mampu Beli

Biasanya kita kerap melihat orang-orang berkemampuan menyambut hari lahir ahli keluarga atau kenalan dengan gantungan belon dan juga sebiji kek sebagai tanda meraikan mereka.

Namun, jika kita tidak mampu, rasanya semua keperluan tersebut dikira sebagai pemb4ziran memandangkan mencari pendapatan sahaja begitu svkar.

Nak sambut hari lahir ayah

Namun, jika niat mahu menggembirakan itu tetap ada, tidak s4lah menggunakan apa sahaja peralatan yang ada disekeliling untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dari Filipina, dia telah memuat naik inis1atif jirannya yang kurang berkemampuan apabila meniup plastik bekas untuk dijadikan belon bagi digantung sempena hari lahir bapa mereka.

Ikat ‘belon’ di dinding rumah

Mereka juga menulis perkataan ‘selamat hari lahir papa’ diatas belon tersebut dan digantung di sekeliling ruang berkumpul di rumah.

Tambahnya lagi, kanak-kanak yang juga jirannya itu mengakui tidak mempunyai duit untuk membeli belon dan kek bagi membuat kejutan untuk ayah mereka yang sedang keluar bekerja.

Buat kek dari telur

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Melody Silang juga memaklumkan bahawa jirannya telah menggantikan kek dengan telur yang dimasak dan dibentuk seperti kek untuk bapa tersayang.

Melody mengakui usaha mereka begitu menyentuh hati kerana dalam keadaan hidup yang svsah, mereka masih lagi mahu menggembirakan bapa tersayang yang sedang berkorban tenaga memberi nafkah buat keluarga.

Dari perkongsian yang dibuat pengguna Facebook berkenaan, ramai yang berasa simpati dan terharu dengan kisah kanak-kanak tersebut.

Rata-rata mengakui bahawa perkongsian tersebut begitu menginspirasikan mereka dalam kehidupan ini.

Sumber: Melody Silang

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*