Tak henti terpalit isu, gerai Chef Ammar dikunjungi pihak berkuasa pula

Sejak menjalankan perniagaan nasi arab pada awal Ramadan, tukang masak terkenal Chef Ammar sentiasa terpalit dengan pelbagai isu sehingga mengundang perhatian warganet.

Terbaru, pemilik nama Ammar Al Ali itu dipercayai dikunjungi sekumpulan pihak berkuasa di Bazar Ramadan Shah Alam menerusi sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna laman TikTok, muhammadfaridabas.

Berdasarkan video berdurasi sembilan saat itu, muhammadfaridabas merakam suasana di sekitar gerai Chef Ammar serta mendakwa tukang masak tersebut disaman oleh pihak berkuasa.

@muhammadfaridabas Besar dugaan chef ammar kali ni kena saman pulak..semoga dipermudahkan #kasifyp ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

“Besar dugaan Chef Ammar, kali ni kena saman pulak. Semoga dipermudahkan,” dakwanya.

Video berkenaan memaparkan sekumpulan pihak berkuasa dan Chef Ammar seolah-olah sedang melakukan perbincangan sambil diperhatikan pengunjung lain.

Meninjau ke ruangan komen, video meraih 625,500 tontonan itu telah mendapat perhatian Chef Ammar sendiri mengatakan terdapat pihak yang membuat aduan kerana dirinya tidak memakai pelitup muka.

“Terdapat orang membuat aduan mengenai saya tidak memakai pelitup muka di gerai. MashaAllah mereka sangat membenci saya,” tulisnya.

Rata-rata simpati dengan nasib menimpa tukang masak berasal dari Palestin itu yang berkali-kali berdepan situasi tidak diduga selain menganggap semua perkara terjadi adalah ujian Allah SWT.

Besar dugaan tahun ni

Kena sama pun, pelanggan tak berganjak!

Tu pasukan kesihatan?

Sumber: TikTok muhammadfaridabas

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*