Syed Azman Syed Ibahim, bilionair Melayu pemilik puluhan helikopter, pesawat!

Aku pernah menulis kisah Tan Sri Syed Azman ni tak lama dulu. Malam tadi aku terbaca senarai 50 orang terkaya Malaysia di dalam Forbes dan nama anak jati Sungai Petani, Kedah ini nampaknya terus gah di tangga ke 25 dengan hartanya kini dianggarkan berjumlah USD675 juta.

Maknanya kalau tukar RM hartanya dah berbilion-bilion!

Siapa sangka bekas pegawai perisik tentera berpangkat Mejar dan bekas penjual kereta terpakai ini begitu tinggi semangat juangnya dalam perniagaan hingga boleh sampai ke tahap ini, luar biasa.
Seperti yang aku cerita sebelum ini, setelah berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Di hari-hari awal perniagaannya, Syed Azman berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP (Permit Kelulusan) namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.

Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan. Tak lama kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.

Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan kepadanya. Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia. Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar Chevrolet dan Suzuki pula.

Mengenai helikopter, dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan raya. Lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Justeru pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Bila helikopter itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.
Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.

Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama bagi menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar. Hari ini, pemilik syarikat Weststar yang ‘low profile’ itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memperoleh kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Ini belum campur perniagaan pelu.ru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc.

Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya.
Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”
Hehehe…comel tak jawapan tu?

Kini Syed Azman terus melebarkan sayapnya di sebalik cabaran getir yang mereka tempuh di kala ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu. Seperti mana puluhan helikopternya terbang tinggi di udara, begitulah juga semangat dan keazaman lelaki berusia 60 tahun ini. Salute!

Kredit sumber; Syahril A. Kadir

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*