Suruh pelanggan ‘scan’ suhu, pakcik guard dit4mpar hingga jatvh p3ngsan

Pemeriksaan suhu badan merupakan 1 peraturan wajib bagi setiap individu yang ingin memasuki sesuatu premis di luar, terutamanya kompleks beli-belah atau pasaraya.

Biasanya, pemeriksaan tersebut dilakukan sekali sahaja di pintu masuk premis dan dikendalikan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Bagaimanapun, masih ada juga yang enggan mematuhi arahan staf keselamatan dan menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang leceh.

Gaduh di pintu masuk pasaraya

Baru-baru ini, tvlar video berlaku kek3cohan di kawasan pintu masuk sebuah pasaraya terkemuka kerana pengawal keselamatan bert3kak dengan seorang pelanggan.

Kek3cohan itu bermula apabila pelanggan itu ditegur untuk memeriksa suhu badan terlebih dahulu sebelum masuk ke pasaraya untuk membeli barang.

@ashhpopo@tescomalaysia #fyp #kotabharu #tiktokkelantan kena tampar sebab tegur tidak scan suhu.

♬ original sound – ashhpopo

Namun begitu, pelanggan terbabit enggan lalu naik berang lantaran itu berlakulah pertengkaran dengan ‘Pakcik Guard’ yang mengarahkannya berbuat sedemikian.

Tak nak scan suhu, tampar pakcik guard

Beberapa saat kemudian, ‘Pakcik Guard’ itu dilihat jatuh pengsan apabila ditampar oleh pelanggan biadap itu secara tiba-tiba.

Difahamkan lagi, pelanggan yang juga menaiki sebuah kenderaan mewah terus melarikan diri sebaik sahaja menyerang ‘Pakcik Guard’ tersebut.

Nasib baiklah, si perakam video sempat meng4mbil nombor plat pemilik kenderaan itu untuk tindakan lanjut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi r3aksi mar4h terhadap si pel4ku yang disifatkan sebagai kvrang ajar berkenaan.

Sumber: TikTok ashhpopo

 

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*