Jika anda suka berkebun sila Berhati-hati ! Penebar roti canai dijangkitan kuman

Jika anda suka berkebun sila Berhati-hati ! Penebar roti canai dijangkitan kuman

Berkebun merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita. Pelbagai faedah dapat kita peroleh melalui aktiviti ini.

Menjimatkan perbelanjaan harian keluarga merupakan salah satu faedah sekiranya kita melakukan aktiviti ini. Hal ini demikian kerana kita tidak perlu membeli keperluan dapur seperti sayur-sayuran sekiranya kita menanamnya di kebun kita.

Namu harus diingatkan, Sekiranya anda adalah dari kumpulan berisiko, berhati hati jika anda suka berkebun dan bertani.

Meliodosis berpunca daripada bakteria yang bernama Burkholderia pseudomallei, Pseudomallei hidup sebagai hidupan saprofitik.

ia mendapatkan nutrien daripada benda organik yang maati dan reput. Manusia dan binatang juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kepada kuman yang terkenal dengan ancaman mauutnya.

Siapakah golongan yang berisiko tinggi?

Pesaaakit yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesaakit yang menghidap:-

  • Diabetes Mellitus
  • HIV/AIDS
  • Kerosakan buah pinggang/ batu buah pinggang
  • Pesakit yang mengambil ubat steroid untuk jangka masa panjang
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan secara kronik/ ketagihan alkohol
  • Trauma
  • Pekerjaan yang mendedahkan pesakit kepada risiko jangkitan – petani, penoreh getah
  • Bencana alam – banjir

Gejala Penyaakit

Gejalanya samar-samar dan tidak tipikal. Bergantung kepada organ yang dijangkiti, gejala penyaakit hanya akan tertumpu kepada kawasan tersebut dan selalunya, pesaakit akan mengadu akan demam berpanjangan yang tidak sembuh-sembuh.

Walaupun gejalanya tidak ketara, kemuncak jangkitan meliodosis adalah apabila terjadinya abses, atau bengkak bernanah, yang boleh berada di mana-mana organ di dalam tubuh. Paru-paru adalah organ yang sering terjejas namun hati, buah pingang, limpa, otak dan kelenjar prostat juga tidak terlepas daripada dijangkiti kuman ini.

Pesaakit yang mempunyai pekerjaan berisiko perlu dinasihatkan supaya memakai peralatan perlindungan seperti sarung tangan getah dan but getah sebagai usaha untuk menghindari penyaakit berbahaaaya ini.

Penebar roti canai hidap jangkitan kuman tanah selepas berkebun

Dulu cergas menebar roti canai, kini berkerusi roda sejak Mei lalu.

Tazulfakri Anuar, 49, dari Felda Jengka 23 kini tidak mampu lagi mencari sumber pendapatan buat keluarganya.

Beliau disahkan menghidap penyakit berkaitan komplikasi jangkitan kuman tanah atau melioidosis yang menyerang dan melemahkan sistem imun termasuk hati.

“Saya tidak pasti bagaimana ia bermula. Mungkin berlaku ketika saya berkebun di ladang mertua di Felda Jengka 23 pada September tahun lepas.

“Selepas berkebun saya lambat mandi dan beberapa jam kemudian saya demam, sakit kepala, muntah dan lemah seluruh badan.

“Saya mengalami demam berpanjangan yang tidak sembuh-sembuh dan terpaksa dihantar ke Hospital Jengka dan seterusnya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk didiagnosis sebelum doktor pakar mengesahkan ia berpunca daripada bakteria kuman tanah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tazulfakri kini bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak sejak Mei lalu akibat komplikasi jangkitan kuman tanah.

Tazulfakri kini bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak sejak Mei lalu akibat komplikasi jangkitan kuman tanah.

Sejak itu, bapa kepada empat cahaya mata itu menjadi ‘penghuni’ di kedua-dua hospital terbabit secara bergilir-gilir dan kini ke klinik berhampiran setiap sebulan sekali untuk mendapatkan rawatan.

“Sejak Mei lalu saya juga hilang selera makan selama tiga bulan hingga berat badan menyusut daripada 60 kilogram (kg) kepada 45 kg.

“Saya terpaksa guna kerusi roda untuk bergerak kerana jika berdiri walau hanya lima minit, saya akan tumbang dan badan serta tangan menjadi kebas.

“Keadaan kesihatan yang semakin merosot menyebabkan saya tidak mampu untuk bekerja,” katanya.

Katanya, dia kini terpaksa bergantung dengan kudrat isterinya, Rodziah Md Salleh, 43, untuk mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan di gerai bagi menampung perbelanjaan keluarga dan anak-anak berusia 8 hingga 20 tahun yang masih belajar.

Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga ini, boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun :

Maybank (156020469899) atas nama Tazulfakri bin Anuar atau menghubungi talian 017-9136877.

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*