Suasana Menjelang AidilAdha Di Brunei, Masing-masing Sibuk Membuat Persiapan Akhir Sambut Raya.

Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan Aidiladha. Segala persiapan perlu dilakukan bagi memeriahkan sambutan perayaan ini. Namun begitu, pandemik yang melanda negara menyebabkan sambutan perayaan disambut dengan sederhana.

Tetapi, berbeza di Bumi Brunei Darussalam apabila persediaan sambutan perayaan di negara itu sudah kembali ‘normal’. Mana tidaknya, kemeriahan suasana bagi menyambut kedatangan Aidiladha dapat dilihat apabila rakyat Brunei boleh membeli-belah di pasar dan kedai tanpa memakai pelitup muka.

Menerusi perkongsian beberapa keping gambar oleh laman Facebook Brunei Dot Com 2.0, rakyat Brunei sedang sibuk melakukan persiapan akhir membeli-belah menjelang perayaan Aidiladha yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Kemeriahan suasana perayaan di Bandar Seri Begawan pada 15/07/21

Difahamkan, suasana itu berlaku oleh kerana Brunei telah mencatat kes sifar bagi jangkitan Covid-19. Menurut laporan Pelita Brunei, kes terakhir bagi jangkitan tempatan yang dilaporkan di negara itu adalah pada 6 Mei 2020.

Hal ini bermakna, Brunei sudah mencatatkan 345 hari kes sifar atau hampir setahun bebas daripada wabak Covid-19, sekaligus rakyatnya dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Berdasarkan gambar, pengunjung dilihat bebas melakukan pelbagai aktiviti seperti membeli belah, berjalan, bermain skuter permainan dan macam-2 lagi. Memang meriah!

Walau bagaimanapun, tinjauan di runagan komen mendapati netizen dari kalangan rakyat Brunei turut mengingatkan antara satu sama lain agar semua tidak alpa dengan kebebasan yang diberikan kerana wabak Covid-19 ini masih melanda dunia.

Walaupun negara kita terkawal, jangan lupa penjarakkan sosial

SOP please, kita jangan lalai dan leka hanya kerana negara kita bebas dari wabak

Rakyat Brunei juga turut mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia supaya bebas daripada wabak Covid-19 ini.

Saya mendoakan agar rakyat Malaysia diberikan kesihatan dan kesembuhan dan dijauhi dari Covid-19…

Semoga Malaysia juga dapat kembali kepada keadaan sediakala dan bebas daripada wabak pandemik Covid-19 seperti di negara Brunei.

Sumber: Facebook Brunei Dot Com 2, Pelita Brunei , siakapkeli.my

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*