Suara merdu laung takbir raya, sekali tersasul baca doa iftitah

Tidak berapa hari lagi, umat Islam akan menyambut hari raya. Pastinya ramai yang tidak sabar menanti momen mendengar takbir raya diawal pagi yang begitu syahdu.

Tersasul pulak time rakam

Namun begitu, menerusi satu perkongsian dari aplikasi TikTok seorang pemuda dikenali sebagai Farhan Hasnan, dia telah berkongsi satu rakaman takbir raya yang agak mencuit hati apabila salah seorang daripada mereka tersasul membaca doa iftitah.

@farhanhasnan#LoveMumsSmile #DefineFreshChallenge

♬ original sound – Farhan Hasnan

Member gelak sampai bergolek!

Perkara tersebut membuatkan rakan-rakannya tidak fokus dan terus tergelak mendengar sambungan bacaan pemuda tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, ramai yang memuji suara pemuda berbaju hijau itu yang cukup merdu melaungkan takbir sempena hari raya yang dirakam terlebih dahulu.

Sejak ia dimuat naik ke TikTok, 200 ribu penonton telah melihat video tersebut. Rata-ratanya terhibur dengan kejadian berkenaan dan ada diantara mereka mengakui pernah mengalami kejadian sama.

Nasib baik hanya rakaman, kalau live boleh tahan malu jugak kan…

Sumber: Farhan Hasnan

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*