Suami buat tiga kerja dalam sehari sejak dapat tahu isteri mengandung

Siapa yang tidak gembira apabila bakal menimang cahaya mata selepas bertahun menanti kehadiran zuriat dalam rumah tangga.

Lebih-lebih lagi apabila sudah berjuang mencari rezeki untuk menampung keperluan keluarga supaya lebih selesa dengan melakukan pelbagai pekerjaan.

Kongsi momen bahagia

Dalam satu muat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Shahrul Amri, dia telah berkongsi video ketika mendapat tahu isterinya hamil setelah melakukan pemeriksaan menggunakan alat ujian kehamilan.

@shrlamriAlhamdulillah 😭😭 #fyp#foryou#foryourpage♬ Lying That You Love Me – JC Stewart

Menangis dapat tahu isteri hamil

Apa yang membuatkan netizen turut sama sebak adalah reaksinya yang terharu selepas mengetahui bakal bergelar bapa. Shahrul Amri yang melakukan tiga kerja dalam satu hari benar-benar sebak dan memeluk isterinya apabila mengetahui berita gembira itu.

Di perkongsiannya yang lain pula, lelaki tersebut telah berkongsi video membawa isterinya ke klinik bagi mendapatkan kepastian berkenaan kehamilannya.

@jeffmackynie1#stitch with @mansuzuran_ bagok♬ original sound – jeffdom

Dia yang pregnant aku yang nangis

Menerusi ruangan komen diruangan Tiktoknya, rata-rata warganet mengakui turut sama sebak menonton video tersebut. Mereka juga mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan hingga proses kelahiran nanti.

Selain itu, ada juga yang berharap agar mereka dapat merasai pengalaman bakal bergelar bapa setelah lama berkahwin dan masih belum diberi rezeki cahaya mata.

Perasaan yang sangat indah

Kenapa la ternangis sama

Tahniah ! Comel tengok reaction suami

Mata masuk habuk weh!

Semoga dapat merasa momen macam tu jugak

Sumber: shrlamri

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*