Pemergian yang dicemburui, imam pergi ketika solat Subuh

Pemergian yang dicemburui, imam pergi ketika solat Subuh

Kem4ti4n yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Mohd Rawi Ismail, 61, apabila disahkan meningg4l dvnia ketika mengimamkan solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, di Raub, semalam.

Dalam kejadian 6.10 pagi itu Allahyarham dikatakan menjadi imam ganti selepas imam bertugas dikatakan tiba lewat ke masjid.

Menurut sahabat baik arw4h yang juga makmum solat Subuh di masjid itu, Mohammed Md Jam, 73, di tidak melihat sebarang tanda sakit pada diri Mohd Rawi sebelum memintanya mengimamkan solat.

 

“Selepas membaca surah Fatihah beliau membaca ayat lazim, cuma tersekat-sekat kerana tidak cukup nafas. Selepas rukuk, dia bangun dan nampak terhuyung-hayang hendak rebah ke belakang dan saya pun sambut dia.

“Saya baringkan dia dan dia tidak berkata apa tetapi nadi dia masih ada dan saya terus mengajar mengucap kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui, hari ini.

 

Menceritakan keperibadian suaminya, Isterinya Mek Nab Che Sof, 58, berkata, arw4h sering menasihati dia dan anak-anak supaya membaca dan menghafal surah Al Mulk setiap kali sebelum tidur.

Katanya, suaminya tidak pernah lupa membaca surah itu sebelum tidur dan juga kadang-kadang selepas solat.

“Secara kebiasaan saya dan suami setiap hari akan ke masjid bersama-sama kerana masjid dekat dengan rumah kami di Taman Bukit Koman, Raub.

“Kebetulan, semalam saya tidak pergi ke masjid bersama kerana hendak menyiapkan sarapan untuk dia sebelum pergi ke Temerloh atas urusan mesyuarat pesara kerajaan bersama rakannya,” katanya.

Beliau berkata, arw4h yang juga bekas pembantu pertanian pernah membuat pembedahan pintasan jantung 13 tahun lalu dan tidak menunjukkan tanda sakit sebelum pemergiannya.

Mek Nab berkata, hasil perkahwinannya dengan Mohd Rawi mereka dikurniakan empat anak.

“Dia juga disifatkan seorang yang pemurah dan suka bersedekah kepada kanak-kanak, saudara dan sahabatnya terutama dia suka beri buah serta hasil cucuk tanam diusahakannya.

“Siapa yang berkunjung ke rumah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa disahkan meningg4l dvnia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raub dan kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*