Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak

Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak

Disebabkan pendemik Covid-19 yang melanda dunia, rumah ibadat termasuk masjid telah ditutup buat sementara daripada dikunjungi oleh orang ramai untuk beribadah.

Kebenaran solat berjemaah termasuk solat Jumaat di masjid atau kawasan terbuka di Turki dibenarkan sejak 29 Mei selepas negara itu melonggarkan peraturan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Memetik laporan agensi berita Anadolu, solat Jumaat dilaksanakan di masjid yang mempunyai ruang halaman mencukupi atau kawasan terbuka dengan kerjasama gabenor tempatan.

Tidak seperti solat berjemaah pada kebiasaan sebelumnya, normal baharu angkara COVID-19 mengkehendaki individu yang hadir untuk solat perlu mematuhi penjarakan sosial antara satu sama lain.

Ratusan atau mungkin ribuan jemaah yang hadir juga perlu memakai pelitup separuh muka, mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman dan membawa sejadah sendiri atau pakai buang.

Namun begitu, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, banyak kelonggaran telah diberikan hampir diseluruh dunia susulan daripada penurunan kes jangkitan yang berlaku.

Solat dalam hujan.

Di Ankara Turki, Solat Jumaat telah mulai dibenarkan dan ibadah tersebut dilakukan di kawasan dataran dengan masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.

Gambar-gambar semasa solat Jumaat tempoh hari telah tular apabila jemaah langsung tidak berganjak walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.

Terus khuyuk beribadah.

Masing-masing dilihat khusyuk menikmati ibadah tersebut yang sudah lama tidak dilakukan berikutan perintah kawalan yang dikuatkuasa oleh kerajaan Turki berhubung pendemik Covid-19.

Gambar-gambar yang tular itu turut dimuat naik CNN Turk dan dikongsikan berulang kali di laman sosial sehingga ke hari ini.

Oleh itu, dapat kita pelajari bahawa nikmat yang dikurniakan ketika ini sangat besar terutamanya selepas berlakunya pendemik Covid-19 yang pastinya hampir melumpuhkan ekonomi seluruh dunia.

Kredit Twitter : CNN Turk & Jentik Hati

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*