Skuad OKS Wajib Menang Besar dan berharap atau Balik Awal


Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Sebentar sahaja lagi akan diadakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi pasukan Harimau Muda (Malaysia) menentang pasukan Myanmar dalam kejohanan Piala AFF B-22 2019 di Kemboja.

Namun sebelum itu, pasukan yang sudah sah layak untuk ke peringkat seterusnya ialah pasukan Kemboja selaku tuan rumah yang telah berjaya memenangi 2 perlawanan ketika menentang Malaysia dan juga Myanmar.

Oleh itu, pasukan Malaysia mempunyai misi besar iaitu wajib menang besar keatas pasukan Myanmar setelah skuad kendalian jurulatih Negara Datuk Ong Kim Swee hingga kini hanya mengumpul 1 mata setelah seri dengan Indonesia 2 hari lepas dengan keputusan 2-2.

Skuad OKS Wajib Menang Besar atau Balik Awal

Dalam pertandingan akhir peringkat kumpulan ini, pasukan Myanmar juga mempunyai misi untuk ke peringkat seterusnya sekiranya berjaya mengalahkan Malaysia. Oleh itu, Malaysia tidak boleh lengah dan longlai dalam pertandingan ini dan sekiranya seri atau kalah maka Malaysia akan tersingkir secara sedirinya.

Selain itu, skuad ini juga harus berharap agar Indonesia yang kini berada dikedudukan kedua kumpulan untuk sekurang-kurangnya seri pasukan kemboja. Oleh itu, Malaysia sekarang hanya harus berharap agar pasukan kemboja tidak menurunkan pasukan simpanan sahaja.

Jikalau Indonesia berjaya memenangi perlawanan akhir mereka maka Malaysia juga akan tersingkir walaupun menang besar pada hari ini. Ini selepas indonesia berjaya mengutip 2 selepas 2 perlawanan mereka seri sebelum ini menentang Malaysia dan Myanmar.

Malaysia vs Myanmar 2019

Berikut adalah informasi perlawanan diantara Malaysia vs Myanmar untuk kejohanan Piala AFF B-22 2019 ini.

malaysia vs myanmar b 22

Perlawanan akan bermula pada jam 7.30 PM waktu Malaysia. Anda boleh menonton secara langsung di Astro Arena.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*