
Banjir yang melanda Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu ketika ini sememangnya ditahap membimbangkan. Mana tidaknya, banyak tempat sudah dinaiki air dalam paras yang membahayakan.
Ramai mangsa juga telah dipindahkan ke kawasan selamat memandangkan ada tempat yang sudah dinaiki air sehingga memepasi paras bumbung.
Hadang air dari masuk rumah
Namun, menerusi perkongsian satu akaun TikTok dikenali sebagai ise1199, satu video berkenaan tindakan bijak penduduk di Kelantan yang membuat empangan di depan rumah bagi mengelakkan air yang lalu memasuki rumahnya.
@ise1199 Rumah dia tak masuk air weiii. Banjir di kg bukit abal, pasir puteh kelantan #fyp ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Rumah memang tiap tahun banjir
Dapat dilihat arus deras di jalan utama hanya melalui sahaja depan rumah tanpa memasuki halaman rumah penduduk berkenaan setelah dihadang dengan empangan.
Hal ini diakui sendiri oleh anak kepada pemilik rumah yang meninggalkan komen diruangan TikTok ise1199. Menurut pengguna TikTok yang menggunakan nama Nurul itu, rumah ibunya memang setiap tahun banjir.
Jadi, cara tersebut adalah salah satu ikhtiar yang mampu mereka lakukan untuk mengelakkan air naik lebih teruk.
Ilmu bertahan hidup lebih penting
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan tersebut kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko yang lebih buruk.
Mereka juga mengatakan daripada tidak berbuat apa-apa lebih baik berikhtiar dengan cara seperti itu.
Tawakal dan berusaha
Sediakan payung sebelum hujan
Sumber: TikTok @ise1199
Leave a Reply