Siap letak ‘report’ atas al-Quran, lelaki kongsi perbualan dengan bapa Puteri Balqis?

Siap letak ‘report’ atas al-Quran, lelaki kongsi perbualan dengan bapa Puteri Balqis?

Pendedahan yang dibuat oleh Puteri Balqis berhubung kehidupan lalunya bersama bapa yang cukup pahit benar-benar membuatkan banyak pihak tersentuh.

Dia yang mengakui sudah tidak tahan lagi mengakui beberapa jenayah yang dilakukan bapa sehingga wujud rasa benci dalam dirinya terhadap lelaki itu.

Ibunya juga turut sama mengakui hal tersebut dan menulisnya di Insta Story selepas anak tersayang dituduh sengaja membuka aib.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Kenalan rapat katanya

Susulan daripada itu, ada pengguna Twitter dikenali sebagai Kamal Aziz telah tampil menyatakan bahawa semua dakwaan yang dibuat Puteri Balqis serta ibunya tidak tepat dan dia mengaku yang dirinya mempunyai kaitan dengan bapa kepada pelakon terbabit.

“Perbualan dengan bapa Puteri Balqis?”

Dalam tangkapan layar perbualannya dengan seseorang yang dikatakan bapa kepada Puteri Balqis, individu terbabit telah berkongsi sehelai kertas dipercayai salinan laporan polis yang diletakkan di atas al-Quran.

“Tak ada niat buat macam tu”

Menurut individu terbabit, dia tidak dapat menyatakan lokasi laporan polis itu dibuat dan mengaku bahawa memang sudah ada laporan yang dilakukan.

Dia juga bersumpah tidak melakukan sebarang jenayah dan perbuatan keji seperti diperkatakan oleh pelakon remaja itu.

Tak bagi percaya bulat2 katanya

Dalam pada itu, pengguna Twitter terbabit turut berharap agar orang ramai tidak terus mempercayai segala yang dikatakan pelakon berkenaan kerana sangat mengenali keluarga bapa Puteri Balqis.

Katanya bapa belum kahwin

Jarang orang tunjuk perangai sebenar dengan orang terdekat

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut menuai pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata mereka sukar mempercayai perkara terbabit dan mengatakan bahawa sesiapa sahaja boleh bersumpah dan mencipta perbualan di aplikasi WhasApp untuk mengaburi mata orang lain.

Namun begitu, mereka juga berpendapat lebih elok andai kes ini disiasat oleh pihak polis dan kita sebagai warganet tidak ikut campur menokok tambah cerita antara mereka.

Sumber: Twitter Kamal Aziz

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*