Pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura (Fattzura) yang juga merupakan duta jenama Bata telah meraikan sekumpulan anak yatim dalam satu majlis pemberian kasut, hari ini.
Menurut laporan Harian Metro, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu dan suaminya berbesar hati bagi meraikan dan beramah mesra bersama para penerima sumbangan.
“Saya difahamkan rumah anak yatim yang dipilih ini bukan dari pertubuhan yang terkenal. Jadi, secara tak langsung dapat beri peluang kepada mereka yang selama ini mungkin kurang mendapat perhatian.
“Sebenarnya dari tahun lalu lagi kami sudah berbincang dengan Bata untuk adakan majlis seperti ini tapi disebabkan pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia terpaksa ditangguhkan,” katanya.
Selain itu, Fazura juga bersyukur dengan menyifatkan rezeki buat anak-anak yatim sempena ketibaan Syawal tidak lama lagi yang berpeluang untuk memilih kasut baru sekali gus mampu membuatkan mereka tersenyum.
Menerusi laman Instagram, Bata turut memuat naik Instastory dan posting foto memaparkan pasangan tersebut melayan kerenah anak-anak yatim dengan teruja.
View this post on Instagram
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri) , Instagram Bata
Leave a Reply