Siap angkut periuk nasi, tindakan keluarga berkelah di ‘airport’ dikecam netizen

Siap angkut periuk nasi, tindakan keluarga berkelah di ‘airport’ dikecam netizen

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video yang dikongsikan pengguna TikTok dimana mereka makan beramai-ramai di atas lantai lapangan terbang.

Makan ramai2 dekat lantai

Dapat dilihat mereka membentang tikar dan menghidangkan makanan sebelum menjamu selera di kawasan terbabit.

Pelbagai juadah yang sudah diletakkan di dalam bekas besar dan periuk nasi dibawa bersama dan mereka makan bersila di atas lantai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ramai rasa lebih baik cari tempat lain

Situasi tersebut nyata telah mengundang pelbagai pendapat daripada warganet yang kebanyakannya kurang bersetuju.

Pengguna Twitter dikenali sebagai @arfdy12 juga meminta orang ramai menekan undian yang sudah dibuat dan kebanyakannya meminta orang awam mencari tempat yang lebih sesuai jika ingin menjamu selera.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa tindakan keluarga itu makan di kawasan tersebut sangat tidak sesuai kerana ia merupakan kawasan lalu lalang orang ramai.

Faktor kebersihan lebih utama

Ia juga dilihat kurang bersih kerana lokasi mereka duduk untuk makan adalah tempat awam yang biasa dipijak menggunakan kasut.

Ada juga merasa tindakan berkenaan sesuatu yang agak memalukan kerana banyak lagi tempat boleh mereka duduk untuk makan namun memilih di kawasan orang ramai seperti itu.

Green area kot

Walau bagaimanapun, menerusi ciapan yang dibuat pengguna Twitter yang menularkan video terbabit, ada dakwaan mengatakan bahawa tempat keluarga tersebut makan adalah ‘green area’ namun ia tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sumber: Twitter arfdy12

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*