Tular beberapa video memaparkan aksi kejar-mengejar antara kastam dan sebuah lori yang dipercayai membawa muatan minuman keras tidak bercukai di Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Khamis.
Seorang pengguna laman Facebook, Hise Saxo memuat naik koleksi video tersebut serta beberapa keping gambar memperlihatkan kenderaan kastam dan kereta peronda polis (MPV) mengalami kesan rempuhan.
Dia punya lari, habis rempuh semua
Menerusi salah satu video, suspek dilihat berani mengundur dipercayai bagi merempuh kenderaan dinaiki penguat kuasa sebelum pegawai kastam bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah lori berkenaan.
T3mbakan depan mata
Kejadian bertukar lebih dramatik apabila terdapat pula beberapa kereta lain disyaki ‘orang tengah’ penyeludupan seolah-olah cuba menghalang laluan kenderaan kastam daripada mengejar lori terbabit.
Empat kereta halang tak kasi lalu?
Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro, difahamkan lori tersebut membawa 22,400 liter minuman keras yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta termasuk cukai.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemandu lori berusia 40- an yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu berjaya ditahan sebelum direman selama 10 hari.
Sementara itu, posting dikongsi Hise Saxo menerima sebanyak 4,000 perkongsian dan hampir 200 komen netizen mempersoalkan bagaimana pula dengan ‘konco-konco’ atau ‘tonto’ yang sudah terlepas.
Sanggup upah tonto halang penjawat awam
Patut kena hukuman berat kat tonto tu
Namun tambah Kamarul Zaman, pihaknya akan bekerjasama dengan pegawai kastam bagi menangkap saki-baki ahli sindiket penyeludupan termasuk beberapa kumpulan tonto.
Sumber: Facebook Hise Saxo , Harian Metro (Omar Ahmad)
Leave a Reply