Setahun ditutup akibat Covid-19, pintu Kaabah dibuka untuk PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi peluang bagi memasuki ke dalam Kaabah di Masjidil Haram, Makkah ketika menunaikan ibadah umrah pada malam tadi waktu tempatan.

Ia sekali gus menjadikan beliau ketua pertama negara memasuki Kaabah selepas lebih setahun ditutup disebabkan wabak pandemik Covid-19.

Sempena lawatan rasmi di Arab Saudi

Video beliau yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu kehormat lain turut dikongsi di laman Facebook Haramain Sharifain.

Detik pembukaan pintu Kaabah 

Selain itu, Muhyiddin dan isteri juga berpeluang mengucup Hajar Aswad dimana antara yang menjadi tumpuan para jemaah sehingga bersesak-sesak setiap kali menunaikan ibadah haji dan umrah.

PM mengucup Hajar Aswad

Antara koleksi gambar rombongan 

Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga penjaga dua masjid suci.

Sumber: Twitter NajibAroffAWANI , Facebook Haramain Sharifain , Facebook Bernama TV

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*