Setahun Bergelar Lelaki, Aprilio Manganang Selamat Nikahi Teman Wanita

Setahun Bergelar Lelaki, Aprilio Manganang Selamat Nikahi Teman Wanita

Selepas setahun diisytihar sebagai lelaki, bekas pemain bola tampar wanita kebangsaan Indonesia, Aprilio Perkasa Maganang sah bergelar suami kepada pasangannya, Claudia Cvanrhyn.

Selamat menjadi suami

Aprilio, 30 yang merupakan anggota Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI) telah berkongsi momen bahagia tersebut di Instagramnya dan berharap agar hari isitmewanya diberkati Tuhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lirpa (@manganang92)

Tunjuk cincin pernikahan

Dengan kapsyen ringkas ‘Bebas’, Aprilio dan Claudia menunjukkan jari mereka yang telah dihiasi dengan cincin pernikahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lirpa (@manganang92)

Mohon doa urusan dipermudah

Kira-kira dua minggu lalu, jejaka kelahiran Wawalintouan, Minahasa telah memuat naik gambar bersama kekasihnya dan meminta agar mendoakan urusan mereka untuk disatukan sebagai suami isteri dipermudah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lirpa (@manganang92)

Untuk rekod, Aprilio sebelum ini telah mengalami masalah kesihatan dikenali sebagai hypospadias merujuk kepada kelainan pada alat sulitnya sehingga dibesarkan sebagai seorang wanita.

Selepas 28 tahun terperangkap dalam jantina perempuan, jejaka tersebut akhirnya rasmi sebagai seorang lelaki setelah menjalani pembedahan membetulkan alat kelaminnya dan menukar nama dari Aprilia Manganang kepada Aprilio Perkasa Manganang ketika perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Tondano, Sulawesi Utara, Mac 2021.

Sumber : borakdaily

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*