Selepas menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh, balu kepada allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali akhirnya menarik nafas lega susulan segala kemelut yang melanda akhirnya temui jalan penghujung.
Difahamkan Hidayah telah melakukan sujud syukur diluar mahkamah dan menyempurnakan hajat untuk menyedekahkan buah-buahan ke di Surau Nurul Iman.
View this post on Instagram
Ucap terima kasih kepada pihak hakim kerana bersihkan nama
Ramai yang menzahirkan rasa syukur diatas kemenangannya dalam kes tersebut sehingga adik iparnya perlu membayar RM60,000 menerusi tuntutan tempoh hari.
Dalam perkongsian terbaru wanita berkenaan di Instagram, dia telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan hakim yang bertugas tempoh hari kerana membersihkan namanya dari sebarang fitnah.
Allah makbulkan doa
Dalam Insta Story yang dibuat oleh Hidayah lagi, dia menegaskan yang dia sama sekali bukan insan yang gilakan harta dan tidak ada menfitnah sesiapa. Dia juga bersyukur kerana Allah S.W.T telah mendengar doa orang-orang yang benar.
“Allahamdulillah, semua sudah terjawab. Terima kasih tuan hakim bersihkan nama saya. Saya tidak gila harta dan tidak fitnah sesiapa. Allah bersama orang yang benar-benar belaka. Doa-doa orang teraniya Allah makbulkan,” tulisnya.
View this post on Instagram
Terdahulu, kemelut antara Nor Hidayah dan Ali bermula sejak dua tahun lalu apabila kedua-dua belah pihak saling memfailkan saman berhubung harta membabitkan peninggalan Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.
Sumber: Instagram Hidayah Hamzah
Leave a Reply