Semua bakal didedahkan Rabu ini, ramai tak sabar tunggu ‘live’ Caprice

Sejak kelmarin, warganet ‘disajikan’ mengenai kontroversi penyanyi rap Caprice yang berkongsi bahawa akaun Instagram miliknya disekat oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berhubung isu berlaku di Gaza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Malah, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut berjanji akan mendedahkan perkara sebenar menerusi Instagram secara siaran langsung pada Rabu ini, jam 10 malam waktu Malaysia.

Menurut penyanyi yang juga usahawan berusia 33 tahun itu, dia sudah mendapatkan lokasi yang ‘selamat’ bagi melakukan sesi ‘live’ tersebut bagi menceritakan situasi sebenar demi masa depan rakyat Malaysia.

“Minta maaf awal2 dekat Malaysia”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Meninjau ke laman Twitter, rata-rata netizen tidak sabar untuk ‘menonton’ pendedahan itu sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dan teka-teki dalam kalangan mereka.

Antara isu yang menjadi tanda tanya netizen, mengapa Caprice ‘menyerang’ Ebit? Apa kaitan Malaysia dengan misi di Gaza? Siapa yang buat ‘tahi’ di Tanah Suci? Kenapa tiba-tiba ‘petik’ nama kerajaan pula? Dan banyak lagi.

Selain itu, ada juga segelintir netizen mempersoalkan tindakan penyanyi itu yang tetap mahu menunggu Rabu ini walaupun sudah memberikan beberapa kenyataan berhubung isu tersebut sehingga dikecam orang ramai.

Tunggu perutusan Caprice ni

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Sumber: Instagram Caprice , Twitter 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*