Sudah menjadi kebiasaan bagi anggota tentera yang terp4ksa berpisah daripada ahli keluarga demi menjaga keamanan negara. Atas dasar tanggungjawab, mereka banyak kehilangan saat berharga bersama orang tersayang, terutama ibu bapa.
Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang anggota tentera di Indonesia ini yang pulang ke rumah dalam keadaan pilu, apabila si ibu telah mengh3mbuskan n4fas ter4khir, lapor portal merdekacom semalam.
Menerusi perkongsian video di laman Instagram sahabatsurga, anggota yang lengkap berpakaian seragam itu dilihat menangis hiba dan terus melulu mendekati j3nazah si ibu sebelum ditenangkan oleh orang sekelilingnya.
Sekuat mana pun seorang tentera, pasti akan rapvh…
View this post on Instagram
Rakaman video berdurasi 30 saat itu memaparkan pemuda tersebut tidak dapat menahan sebak, malah seolah-olah meraung dan menunduk sambil memandang wajah arw4h ibunya.
Meraih lebih 600,000 tontonan, rata-rata warganet turut sebak melihat momen meruntun jiwa itu selain menitipkan doa agar pemuda berkenaan tabah menjalani kehidupan tanpa ibu tersayang.
Difahamkan, pada asalnya video tersebut dimuat naik oleh seorang lelaki yang juga anggota tentera aris_m.r_matondang pada Oktober lalu dan kembali menjadi tvlar dalam kalangan netizen Indonesia.
Sumber: Instagram sahabatsurga
Leave a Reply