Baru hari pertama ditayangkan semalam, filem Mat Kilau mencatat sejarah sendiri apabila menjadi filem epik tempatan pertama yang berjaya mengutip RM1 juta.
Buktinya, segelintir penonton membawa semangat ‘kebangkitan pahlawan’ dengan tampil memakai busana tradisional Melayu yan lengkap bertanjak serta samping ke panggung wayang.
Beberapa pengguna aplikasi TikTok memuat naik video memaparkan sekumpulan penonton itu yang dilihat bergaya seperti pahlawan teragung dengan persalinan masing-masing.
@issacc_jaafar03 MAT KILAU⚔️ #matkilau #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #matkilaufilem ♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – normuhammadhafiezhayqal
@nurfarysha5Semangat mat kilau ✌️
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga melihat pakaian warisan digayakan beramai-ramai sekali gus ‘menghidupkan’ lagi perjuangan dan rasa cinta terhadap sejarah negara.
Malah, terdapat juga segelintir netizen ‘menyeru’ ahli keluarga dan rakan mereka untuk mengenakan pakaian seperti itu apabila mahu menonton wayang nanti.
Respek semua! Filem pun hebat
Filem arahan pengarah berprolifik, Syamsul Yusof yang menelan kos RM8 juta itu mengisahkan tentang seorang pahlawan Melayu iaitu Mat Kilau menentang penjajahan British dalam memperjuangkan tanah air.
Sumber: TikTok issacc_jaafar03 & nurfarysha5
Leave a Reply