Nama Fara Salleh rasanya tidak asing lagi apabila terpalit dengan kontroversi rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera. Meskipun pernah terkait dengan kontroversi tersebut, wanita ini mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sebelum ia kembali surut dengan sendirinya.
Alhamdulillah, selesai perjalanan umrah
Lama menyepi, wanita berusia 29 tahun itu memaklumkan dirinya telah selesai mengerjakan ibadah umrah bersama ibu tercintanya setelah berangkat ke Tanah Suci pada 4 Ogos lalu.
Menerusi beberapa perkongsiannya di laman Instagram, Fara Salleh dilihat manis bergambar di hadapan kaabah serta
“Selesai perjalanan umrah saya. Alhamdulillah, permulaan tahun baru Islam yang baik buat saya.”tulisnya.
View this post on Instagram
Doakan saya terus istiqamah
Dalam pada itu, Fara meluahkan kesyukuran kerana berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama ibu tercinta selain berharap agar ramai pihak mendoakan dirinya terus istiqamah untuk berubah ke arah kebaikan dalam hidupnya.
“…permulaan perubahan umur yang baik juga buat saya. Doakan saya terus istiqomah. Terima kasih Mak.”tulisnya lagi.
Alhamdulillah, Fara dah banyak berubah.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan pengikut media sosial wanita itu di mana ramai meluahkan rasa bangga setelah melihat dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Fara Salleh.
Semoga tak menganggu suami orang lagi..
Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar Fara tidak lagi menganggu suami orang seperti mana wanita itu pernah dikatakan menjalinkan hubungan bersama pelawak Shuk Sahar.
Minta maaf pada orang yang pernah awak sakitkan juga
Sumber: Instagram @f.zzatys
Leave a Reply