Selesai bantu mangsa2 banjir, Abang Viva dah ‘standby’ nak balik Melaka

Selepas hampir dua minggu menjelajah kawasan-kawasan bencana bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor dan Pahang, akhirnya Abang Viva memaklumkan sudah mahu pulang ke Melaka.

Nak balik Melaka dah

Azwan Omar atau dipanggil Abang Viva telah memuat nak gambar kereta dan bot yang digunakan untuk misi bantuan tersebut di Facebook peribadinya dengan menyertakan kapsyen mahu bersiap-siap bergerak pulang.

Dapat penghargaan dari APM

Dalam perkongsian lain Abang Viva di media sosialnya, dia memaklumkan baru sahaja mendapat Sijil Penghargaan Adiwira Prihatin Musibah dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) berikutan baktinya dalam membantu mangsa-mangsa banjir tempoh hari.

@abangvivaofficial #abangvivaofficial #atar1 ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

“Allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua sy telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hati2 memandu tu sahabat 

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abang Viva atas keikhlasannya membantu mangsa banjir.

Mereka juga mendoakan perjalanannya pulang ke Melaka dilancarkan dan berharap agar segala urusan pemuda itu selepas ini dipermudah.

Sumber: Facebook Azwan Omar, TikTok abangvivaofficial

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*