Selepas setahun berehat, Azhan Rani kembali derma darah plasma kali ke-50

Baru-baru ini, pelakon Azhan Rani meluahkan rasa syukur apabila dia masih berpeluang untuk menderma darah plasma selepas setahun tidak dapat berbuat demikian akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azhan di laman Instagramnya, ia merupakan kali ke-50 dia menjadi penderma darah plasma kepada individu yang memerlukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Saya kembali. Alhamdulillah hari ini dengan izin Allah SWT, saya kembali menjadi penderma apheresis (istilah penderman darah plasma). Hari ini genap beg ke-50. Lama tak sedut darah.

“Nak berkongsi sedikit info, penderma darah warna begini (putih) dipanggil penderma apheresis. Warna darah tidak merah sebab ini adalah darah plasma. Dalam darah merah ada darah plasma dan platelet,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, difahamkan darahnya itu akan ‘mengembara’ ke Australia dan sempat berseloroh dapat mengunjungi negara kanggura tersebut yang tidak pernah dikunjunginya seumur hidup.

Katanya lagi, pelakon yang berusia 46 tahun itu akan terus memberi sumbangan darah plasma selang dua minggu sekali jika diberi kebenaran oleh pihak perubatan.

“Darah plasma ini akan terbang ke Australia untuk diproses. Merasa darah aku pergi sana (Australia). Aku pun tak pernah sampai lagi. Setakat Arau, Perlis tu adalah juga dua tiga kali dah sampai.

“Hari ini dapat jadi penderma apheresis semula selepas setahun berehat. Insya-Allah saya akan menderma setiap selang dua minggu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azhan menyeru kepada orang ramai yang mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik supaya melakukan sumbangan murni itu kepada individu yang sangat memerlukan.

“Bagi mereka yang sihat dan layak, marilah sama-sama menderma darah. Menderma darah bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga sangat bermanfaat untuk kesihatan anda sendiri,” katanya lagi.

Sumber: Instagram @azhan_rani

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*