isteri Ustaz Abdul Somad tampil imej berniqab, Selepas seminggu bernikah.

Selepas hampir seminggu mendirikan rumah tangga, penampilan isteri pendakwah terkenal Ustaz Abdul Somad iaitu Fatimah Az Zahra menjadi tumpuan ramai apabila dilihat mengenakan niqab, baru-baru ini.

Memetik laporan Tribun News, ini kerana sewaktu bernikah, wanita berusia 19 tahun itu memakai busana gaun dan menampakkan wajah cantiknya, kini dia tampil lebih tertutup.

Menerusi sekeping gambar yang dikongsi di laman Instagram, wanita yang mendapat pendidikan dari sebuah sekolah tahfiz di Jawa Timur itu mengenakan jubah panjang berwarna hijau tua serta berniqab hitam.

Manakala Ustaz Abdul Somad yang berusia 44 tahun tidak lupa merangkul isterinya sambil tersenyum mesra bagi merakam momen romantis mereka.

Teruja dengan penampilan baru Fatimah, warganet memenuhi ruangan komen dengan mendoakan pasangan tersebut agar kekal bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, pasangan itu selamat melangsungkan pernikahan di kediaman pengantin perempuan di Jombang, Jawa Timur pada 28 April lalu.

Sumber : wowberita

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*