[SEDIH] Lengkap Berbaju Raya, Ibu Muda Meninggal Akibat Ser4ngan 4sma Di Satu Syawal. Tinggalkan Suami Dengan 3 Anak Kecil

Saban hari pasti tidak akan pernah terlepas daripada mendengar perkhabaran mengenai kematian. Ada yang merupakan dalam kalangan keluarga rapat, keluarga jauh, saudara mara, sahabat handai dan juga saudara seagama.

Kematian itu pasti. Ia akan tetap dialami oleh semua insan yang bernyawa. Tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat. Ia juga boleh datang pada bila-bila masa. Tiada syarat yang perlu dipenuhi untuk seseorang itu dipilih untuk menghadap Ilahi.

Disebabkan oleh itu, kita semua harus sentiasa bersedia dengan amalan dan juga taubat kerana diri kita adalah seorang pend0sa. Begitulah apa yang telah dikongsikan menerusi laman Facebook Mr Wan Cai Official mengenai sebuah kematian yang amat meruntun jiwa.

MASIH LENGKAP BERBAJU RAYA

Seperti apa yang dikongsikan menerusi akaun Facebook tersebut, arwah dikatakan masih lengkap berbaju raya berserta solekan saat ingin dimandikan jenazahnya. Jelas dapat dilihat kegembiraan dan usahanya untuk tampil menarik buat suami dan keluarga di hari raya.

SEMPAT MEMOHON MAAF DARI SUAMI

Sudah menjadi rutin kita semua di hari raya untuk memohon maaf sesama kita. Tidak terkecuali arwah yang sempat memohon maaf dengan suami tercinta. Dia juga berkesempatan untuk singgah ke rumah rakan karibnya.

PENYAKIT 4SMA TIBA-TIBA MENYER4NG

Dalam kemeriahan Syawal yang disambut dalam norma baru kali ini, siapa sangka arwah diser4ng penyakit 4sma yang telah lama diderit4nya. Keadaannya semakin lemah dan teruk sehingga terpaksa dibawa ke hospital dengan menaiki ambulan.

PENDERIT4AN ARWAH BERAKHIR

Sudah ditakdirkan bahawa pada tarikh tersebut, arwah sudah ditakdirkan untuk menghadap Yang Maha Esa. Arwah meninggal dunia pada jam 4 petang di 1 Syawal. Arwah pergi dalam keadaan yang masih lengkap berbaju kurung raya.

ANAK-ANAK MENANGIS TERESAK-ESAK

Arwah pergi meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan mereka tanpa kasih sayang daripada ibu tercinta.

SIFAT DAN PERIBADI ARWAH

Turut dikongsikan oleh mereka yang mengenali arwah akan sifat dan peribadi arwah yang sangat menyenangkan buat mereka. Sungguh pemergian arwah akan memberikan tamparan hebat buat semua yang mengenalinya.

RESPON WARGANET

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak dapat menahan sebak melihat anak arwah yang menangis di sisi jenazah arwah. Kita yang melihat sudah berasa sedemikian, apatah lagi anak-anak arwah yang terpaksa menanggungnya.

Ada juga rakan arwah yang menyatakan kerinduan kerana tidak akan dapat bertemu lagi buat selamanya dengan arwah di dunia ini. Hanya di syurga nanti sahaja peluang yang ada untuk kembali bertemu.

 

Tiada lain yang kami harapkan, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu kepada semua yang masih bernyawa, jangan sia-siakan masa yang ada.

Berkasih sayanglah, elakkan permusuhan, infaqlah dengan seadanya yang boleh menjadi saham kita di sana kelak. Beribadatlah seolah-olah kita akan mati pada esok harinya, namun bekerjalah seolah-olah kita akan hidup selamanya. Carilah akhirat, kerana dunia akan duduk bersimpuh di kaki kita.

SUMBER : Akses Info, FB MR WAN CAI OFFICIAL

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*