Sedia tempat tinggal anak yatim dan asnaf, Ebit Lew tubuh Rumah Kasih Umat di Gaz4

Seperti yang ramai tahu, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew kini sedang menjalani misi kemanusiaan di Gaz4, Pal3stin.

Menerusi laman sosial Facebook, pemilik perusahaan Ebit Lew Mart itu memuat naik perkembangannya yang mana dia telah menyewa 2 biji rumah untuk dijadikan sebagai Rumah Kasih Umat buat anak yatim dan golongan asnaf di sana.

Tubuh Rumah Kasih Umat di Gaz4

Dalam pada itu, pendakwah berusia 37 tahun itu turut berkongsi kisah seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami akibat bedilan bom Zi0nis Isra3l baru-baru ini.

Difahamkan lagi, wanita itu mempunyai 7 orang anak yang masih kecil. Biarpun baru sahaja menghadapi pemergiaan ayah tercinta, mereka masih boleh tersenyum dan seronok apabila diberi hadiah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Simpati akan nasib keluarga tersebut, Ebit terus membawa mereka ke Rumah Kasih Umat dan memberikan sedikit sumbangan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Bayar gaji cikgu untuk jaga dan uruskan rumah Kasih Umat Gaz4

Menurut Ebit, pihaknya juga berbesar hati membayar gaji cikgu yang akan ditugaskan menjaga dan menguruskan Rumah Kasih Umat berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan keselamatan Ebit dan pihak yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu.

Malah, ramai juga yang meluahkan rasa sebak tatkala melihat kemurahan hati insan bernama Ebit Irawan Ibrahim Lew yang tidak pernah putus asa membantu manusia dalam kesusahan.

Mesti Ustaz rasa puas dan gembira dapat bantu orang susah

Terdahulu, Ebit memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa bahawa dia kurang memuat naik perkembangan ketika menjalankan misi oleh kerana faktor keselamatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Justeru itu, Ebit Lew berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan misi tersebut berjalan dengan lancar.

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*