Mulianya Hati Cikgu! Sedekah Makanan Bagi Pelajar Kurang Kemampuan

Mulianya Hati Cikgu! Sedekah Makanan Bagi Pelajar Kurang Kemampuan

Tidak sampai hati melihat pelajar yang kurang berkemampuan kelaparan, seorang guru Maisarah Hannan mengambil inisiatif bagi menyediakan makanan percuma untuk mereka.

Sering mendapat liputan media, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent St Cecilia di Sandakan itu masih melakukan amal jariah tersebut sejak Mac 2018 dengan bantuan rakan guru lain yang turut menyumbang.

Terbaru, guru berusia 33 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar memaparkan aksi pelajar yang sedang menikmati nasi lemak percuma selepas kembali ke sekolah.

“Kami kembali setelah bercuti lama. Terima kasih penyumbang sebab buat mereka gembira. Moga kalian sentiasa dalam rahmatNya. Tiada murid yang harus berlapar,” katanya.

Posting tersebut mendapat 1,300 tanda suka dan ratusan perkongsian selain komen warganet yang mengucapkan syukur atas sifat prihatin para guru di sekolah berkenaan.

Terbaik usaha semua pihak

Moga murah rezeki & dipermudahkan urusan

Alhamdulillah! Takde la pelajar yang sanggup tahan lapar masa waktu rehat. Mulia hati orang si menderma tu. Semoga Allah membalas dengan setimpal.

Sumber : Maisarah Hannan , Harian Metro (Redzuan Muharam)

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*