Sedang bertugas hantar makanan, rider ini viral sebab dalam kepalanya tetap ingat belajar – “Tahu dia rakam, tapi malas nak layan sangat”

SITUASI pandemik Covid-19 yang masih belum reda menyebabkan pelajar di institusi pengajian tinggi terpaksa mengikuti pembelajaran secara dalam talian (online) di rumah.

Di samping mengikuti jadual kuliah yang telah ditetapkan, sudah pasti mereka mempunyai masa terluang lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

Enggan mensia-siakan masa yang ada, pelajar ini mengambil keputusan untuk menjadi pekerja penghantar makanan (rider) di kampungnya di Pengerang, Johor.

Apa yang menarik perhatian, video yang dirakam seorang rakan dan dimuat naik di aplikasi TikTok yang memaparkan dirinya sedang khusyuk menelaah sewaktu sedang bekerja, benar-benar membuatkan netizen kagum.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 270,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, pelajar berkenaan, Muhamad Hanis Mohd Hisham berkata ketika itu dia berhenti seketika melakukan tugas kerana tidak mahu terlepas mengikuti pembelajaran yang sedang berlangsung.

“Sekarang ini sebenarnya kami dalam study week memandangkan hujung bulan ini ada exam. Kiranya bukan kelas online. Ketika ini pensyarah akan selesaikan apa jua assesment.

“Saya tak mahu ketinggalan sebab apa-apa pun saya pilih untuk utamakan pelajaran. Jadi saya berhenti seketika waktu sedang bekerja,” kata pemuda berusia 20 tahun ini.

Muhamad Hanis berehat seketika untuk mengikuti pembelajaran secara online.

Menurut Muhamad Hanis yang sedang mengikuti Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Mersing, dia baru bergelar rider sejak sebulan yang lalu.

“Sambil-sambil dekat rumah, saya fikir boleh cari duit sampingan ketika ada masa lapang. Saya tak ambil sebarang pinjaman pelajaran, keluarga yang menanggung sepenuhnya… jadi ini kira nak cari duit lebih.

“Kebetulan pula saya dah selesaikan apa yang patut untuk kursus saya sebelum raya hari tu, jadi bolehlah cari-cari peluang pekerjaan.

“Bukan saja dapat tambahkan duit poket, tapi dapat cari pengalaman dalam masa yang sama. Apa yang penting, kena pandai seimbangkan dan tahu apa keutamaan kita.

Apa pun bagi saya, apa jua yang kita lakukan, jangan lupa tanggungjawab kita kepada agama dan keluarga.

MUHAMAD HANIS

“Penat tu biasalah tapi saya puas hati dan seronok. Masa mudalah kita kena cuba pengalaman baharu. Tapi rider ni risikonya tinggi, jadi jangan abaikan bab keselamatan diri,” kata anak bongsu daripada dua adik beradik ini.

“Penat tu biasalah tapi saya puas hati dan seronok. Masa mudalah kita kena cuba pengalaman baharu. Tapi rider ni risikonya tinggi, jadi jangan abaikan bab keselamatan diri,” kata anak bongsu daripada dua adik beradik ini.

Menurut Muhamad Hanis, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut dimuat naik di media sosial dan menjadi tular.

“Saya sedar kawan tengah rakam tapi masa tu malas nak layan sangat… kawan saya memang suka rakam, tapi tak tahu pun dia upload. Saya pula jenis tak aktif media sosial dan tiada akaun TikTok.

 

Muhamad Hanis bersama rakan-rakan di Politeknik Mersing.

“Sedar-sedar dia beritahu video tu dah viral. Apa pun bagi saya, apa jua yang kita lakukan, jangan lupa tanggungjawab kita kepada agama dan keluarga.

“Bagi yang komen positif, saya ucapkan terima kasih. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar di Politeknik Mersing yang cuba sehabis baik mengajar dalam keadaan sekarang, menyokong dan membantu kami dalam pelajaran. Tak lupa juga kepada keluarga dan rakan yang membantu waktu susah dan senang,” ujarnya lagi.

Sumber : mstar

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*