Sayu, Nenek Peluk Erat Cucu Di Tengah Panas, Jadi ‘Manusia Silver’ Untuk Sara Hidup

Biarpun usia sudah senja, seorang nenek di Indonesia tetap bekerja keras demi memastikan cucunya dapat menjamah sesuap nasi setiap hari.

Memetik Merdeka.com, Nenek Mumun yang berusia sekitar 60 tahun mengecat wajahnya dengan warna silver sebelum berbasking di tepi jalan.

Dengan bermodalkan cat Rp35.000 setong, kira-kira RM9.90, wanita itu melumuri kulitnya yang kedut sehingga tiada lagi kelihatan warna asal kulitnya.

“Nanti selepas berbasking, cat ini boleh dihilangkan dengan cecair pencuci pinggan,” katanya seperti dilapor Merdeka.com.

Tambah portal itu, wanita itu telah berbasking di bawah terik matahari selama empat bulan bersama cucunya yang baru berusia 2 tahun setengah, Reihan.

Pernah menjadi pembantu rumah di Tangerang, Nenek Mumun kini meneruskan hidup menyara anak itu dengan berbasking selepas kedua-dua orang tua Reihan bercerai, lapor Merdeka.com.

Kini, nasib anak kecil itu jatuh pada bahu neneknya, tulis Merdeka.com. Dengan memeluk erat kanak-kanak itu, Nenek Mumun berdiri bagaikan patung di persimpangan jalan raya membawa kotak, mengharapkan ihsan orang ramai yang melalui jalan itu.

Dari pagi sehingga ke petang, wanita itu dikatakan mendapat sekitar RM14 sehingga RM28 setiap hari.

“Yang penting dapat membeli susu buat Reihan dan makan sehari-hari,” katanya.

Sumber: Merdeka.com

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*