“Saya TidakIah Sebaik Disangka Tapi Sentiasa AmaIkan Istighfar” – Syahmi Kongsi Rahsia Beliau Dimurahkan Rezeki

Murah rezeki, semua ini adalah ketetapan dan ketentuanNyta. Siapa sangka Ramadan lalu, namanya terus menjadi sebutan dek kerana jualan air balangnya yang viraI. Sehinggakan ada yang buat kira-kira tentang keuntungan yang diperolehi hasil jualan air balangnya.

Siapa yang tidak kenal dengan Syahmi Sazli, anak Kelantan yang memperkenalkan remaja Asif dan Yoe Parey dalam drama pendeknya di y0utube yang sentiasa trending dan mencatatkan jutaan yang menonton.

Walaupun dikatakan sudah boleh digelar jutawan dengan kariernya sebagai pengarah dan youtuber, tapi dia langsung tidak malu untuk berniaga air di hadapan pejabanya sendiri di Kota Bharu.

Jangan terkejut, daripada perkongsiannya, hasil pulangan bersih daripada jualan air balang telah mencecah RM60K lebih. Lumayan. Apakah rahsia murah rezeki yang diamalnya?

Terbaru, atas permintaan pelanggan yang tak pernah putus, dia teruskan jualan ai balang di hadapan pejabatnya. Sementara isterinya mempromosikan Kedai Dessert Nisa yang menjual pelbagai jenis pencuci mulut.

Rahsia Murah Rezeki, Amalkan Istighfar

Selain berkongsi beberapa tip dan amalan tentang rahsia murah rezeki, dia turut menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen. Kalau difikirkan logik, memang betul apa yang dikatakan itu.

Mi tak nak cerita macam mana resepi air yg Mi jual tu. Yg tu boleh tengok live yang Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yang tercetus.

“Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”

Jawapan:

Mi rasa tak juga. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dengan isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.

“Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”

Jawapan:

Kalau macam tu, Shopee pun Mi kena tutuplah sebab alasan tu. Youtube pun Mi dah tak boleh buat sebab “kesian dekat Youtuber baru, tak de orang nak tengok”. Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Mereka terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..

“Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”

Jawapan:

Mi tidaklah sebaik apa yang orang sangkakan. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yang Mi tahu.

Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara macam mana nak hapuskan dosa.

“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)

“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad).

Cara diampunkan dosa dengan berzikir

i. Zikir 1: Zikir selepas solat.

“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya’in qadir)

“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)

ii. Zikir 2

“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

Selain tu perbanyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya adalah ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana-mana boleh.

“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).

– Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu. Semoga bermanfaat.

Sumber FB Syahmi Sazli Production

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*