Masya Allah, lihatlah pengakuan seorang lelaki Cina bagaimana ZIKIR boleh membuatnya tenang dan tenteram. Menurutnya lagi sejak ayahnya telah tiada, hidupnya sering tidak tenteram. Lalu diberitahu oleh teman bahawa terdapat amalan di dalam Islam yang boleh membuat seseorang itu menjadi tenang.
Bermula daripada situlah beliau terus ‘menggoogle’ dan berjumpa dengan ZIKIR penenang hati. Beliau berkata lagi walaupun dia seorang Cina, tidak memahami maksud zikir tersebut namun, ZIKIR itu mampu membuatnya jadi tenang dan membuatnya mengalir air mata…
Tambah beliau lagi, beliau juga suka dengar AZAN… Subhanallah, semoga nur hidayah menjentik tangkal hatinya untuk bersyahadah suatu hari nanti, insya Allah..
Kredit; Aziz Sidam
Leave a Reply