
Penampilan positif pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad bersama isterinya, Zira Ayub mencvri perhatian ramai peminat industri hiburan tanah air.
Memetik temubual bersama Media Hiburan, ketika ditanya tentang perubahan si isteri yang sudah mengenakan hijab sepenuhnya, Nabil menjelaskan dia berharap yang terbaik dan mendoakan agar isterinya terus istiqamah.
Doa agar isteri terus istiqamah
“Zira berubah sebelum saya sertai tabligh lagi. Saya sebenarnya malas nak komen pasal isu ini sebab sebelum ini dia dah ‘on-off’ pakai tudung dah dua tiga kali.
“Tapi saya perasan, dia ‘on-off’ pakai tudung bila saya kena temubual, dia buka tudung. Saya memang nak dia bertudung, nak dia istiqamah sama-sama dengan saya,” katanya kepada MH.
Rumah tangga mula ‘berubah’
Dalam pada itu, lelaki berusia 38 tahun itu turut mendedahkan kehidupan rumah tangganya kini lebih tenang dan harmoni selepas kedua-duanya cuba berubah ke arah yang lebih baik.
“Saya dulu suka mar4h-mar4h bila ada benda tak kena. Asyik nak mar4h sahaja. Suami isteri biasa bergaduh, normal untuk orang yang dah kahwin…
“Perubahan dia dalam keluarga saya tu, saya svsah nak gambarkan. Perwatakan dia dan orang-orang yang ada dalam rumah saya sekarang ni berbeza disebabkan agama.
“Betul, bila kita dah ada agama ini dan bila Dia sudah bagi hidayah… Alhamdulillah saya bersyukur. Harap sangat saya boleh kekal istiqamah juga,” katanya lagi.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga orang anak bernama Naera Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
Sumber: Media Hiburan (Nazar Rafiqhi)
Leave a Reply