SUATU malam rumah saya didatangi beberapa orang pelajar dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.
“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.
“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susah. Contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong…” Jawabnya.
Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevan di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.
“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)…’ Sambungnya lagi.
Alasannya darurat
Ada di kalangan mereka yang memerlukan lelaki terjun ke dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan beralasan kecemasan. Malah menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang berbunyi:
Maksudnya: “Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil) berbanding perkara yang diharamkan.”
Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurat doktor lelaki merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecualian hal ehwal sakit puan.
Justeru, kita tidak boleh mengkiaskan darurat memakan bangkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurat memakan bangkai berbeza dari beberapa sudut. Antaranya ialah:
1. Merujuk kepada masalah keharusan memakan bangkai, ianya tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang memakan bangkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersalin, ianya melibatkan pelbagai pihak bersama iaitu pesakit, suami dan doktor yang menyambut kelahiran itu sendiri.
Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di sebalik perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut seandainya masih bergelar lelaki sejati.
Harus memakan bangkai dikategorikan sebagai perkara yang ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan tujuan pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid syariah. Menjaga aurat adalah salah satu destinasi pensyariatan (iaitu menjaga maruah), dan berubat juga merupakan salah satu destinasi pensyariatan (iaitu menjaga nyawa).
Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruah berbanding menjaga nyawa, dan ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga nyawa berbanding menjaga maruah.
Sumber : cempedakcheese
Leave a Reply