“Kira-kira jam 9 malam, seseorang yang memperkenalkan sebagai pegawai polis menghubungi saya gunakan telefon adik menyatakan adik sudah mninggal dunia,” kata Maslinawati Abdullah.
Adik bongsunya, Nor Hayati Abdullah, 42, adalah seorang daripada dua m4ngsa mavt dalam kejadian jambatan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dalam pembinaan runtuh menimpa van pekerja dinaiki lima orang termasuk pemandu ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada 5.58 petang semalam.
Maslinawati, 43, berkata, dia balik dari tempat kerja pada 6.30 petang dan mendapat panggilan daripada penyelia adiknya itu pada 7 malam.
“Penyelia adik (panggilan manja Nor Hayati dalam keluarga) menyatakan ada berlaku kem4langan ketika adik dan rakannya dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang elektronik di Subang Mewah.
“Dia maklumkan belum tahu lagi situasi sebenar bagaimana
“Dari semasa ke semasa saya berhubung dengannya selain saya lihat secara langsung di televisyen,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) selepas membuat peng3caman j3nazah adiknya, malam tadi.
Dia yang ditemani suaminya, Faizal Yusof, 47, menjelaskan pegawai polis yang menghubunginya meminta ke h0spital untuk melakukan peng3caman j3nazah.
“Kali terakhir kami berjumpa Ahad lalu di kampung. Terasa sangat kehilangan ini…seperti tak percaya berita ini.
“Saya lihat tadi keadaannya seperti tidur…Insya-Allah, kita sama-sama doakan untuknya,” katanya.
Beliau berkata, tragedi itu sangat menyedihkan terutama baru dua tahun lalu kem4tian kakak yang ketiga akibat barah payud4ra.
Menurutnya, selepas b3dah siasat pada 8 pagi hari ini, jenazah adiknya akan dibawa ke Kampung Jerang Belanga, Sungai Besar untuk dik3bumikan.
Katanya, setakat tengah malam tadi, ibunya, Hasmah Sohor, 77, yang kurang sihat masih belum mengetahui cerita sebenar dan berita kem4tian adiknya.
Sumber : cempedakcheese
Leave a Reply