Penyanyi rap, MK K-Clique mengaku masih dalam proses mendekatkan diri dengan Tuhan dengan mendalami ilmu agama selepas tular kisahnya ‘keluar tiga hari’ menyertai tabligh.
Memetik laporan Kosmo! Online, bagaimanapun MK atau mana sebenarnya Muhammad Hairi Amin mencuba perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan dan bukan secara drastik.
“Sejak tiga bulan lalu, saya mencari jalan dan masa untuk mengosongkan jadual untuk fokus 100 peratus terhadap kelas agama.
“Orang cakap perubahan itu nampak terlalu drastik tetapi tidak benar, perkara itu cuma berlaku secara spontan.
“Media sosial hanya tempat dan pilihan kita untuk berkongsi apa yang mahu ditonjolkan atau perlu orang sedari. Tak semua perkara kita ingin tunjuk,” katanya.
Penyanyi berusia 25 tahun itu berkata, dia sedar tanggungjawabnya sebagai figura umum selain menjawab kritikan netizen apabila sering tampil menggayakan rantai emas.
“MK tetap MK. Masih bad boy (tertawa). Orang luar kena tahu. Sebagai penghibur, tugas kami menghiburkan bukan nak mewujudkan contoh-contoh yang tidak baik.
“Saya terima teguran masyarakat tentang pakai rantai emas. Jangan risau, satu hari nanti saya tanggalkan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! Online (Mohd Haikal Isa)
Leave a Reply