Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Ibu, Semalaman Jaga Mak, Jam 5 Pagi Kene Hal4u Dari Ward

Rasanya ramai diantara kita yang sanggup untuk melakukan apa sahaja demi ibu tercinta. Semakin dewasa, semakin kita sedar bahawa masa dengan ibu semakin lama semakin berkurang. Boleh jadi ibu bakal meninggalkan kita untuk selamanya pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah apa yang sanggup dilakukan oleh seorang pemuda ini yang bernama Safee Rahim, 30. Dia merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Dia sanggup untuk berhenti kerja semata-mata ingin menjaga ibu tercinta.

Menurutnya, ibu, Nur Asiah tamdun, 72, lebih rapat dengan dirinya berbanding adik beradik yang lain. Jadi sebab itulah dia mengambil keputusan sedemikian dan nekad untuk menjaga ibunya.

Dih4lau keluar dari w4d

Berdasarkan perkongsiannya menerusi akaun Tiktok iras..yash, dia curi-curi masuk untuk menjaga ibunya di wad sebelum dihalau keluar oleh jururawat bertugas pada pukul 5 pagi.

Berdasarkan perkongsiannya dengan mStar, ibunya baru sahaja dipotong jari kaki akibat penyakit k3ncing manis. Proses pembedahan tersebut dilakukan pada hari Khamis lalu.

VIDEO :

IBU TURUT MEMPUNYAI MAS4LAH KESIHATAN LAIN

Ibunya juga mempunyai penyakit lain iaitu masalah buah pinggang dimana ibunya perlu menjalani rawatan dialisis secara berkala. Adik beradiknya tinggal jauh dan berasingan daripada emak. Disebabkan itulah dia memilih untuk berhenti bekerja di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halamannya di Baling, Kedah.

Dia kini mengusahakan bisnes Char Kuetiau dan turut berkongsi menjalankan bisnes nasi kukus bersama rakannya di Shah Alam. Semuanya diserahkan kepada rakannya itu untuk menguruskan bisnes tersebut.

WARGANET TURUT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN

Warganet ternyata sangat-sangat positif dalam perkongsian video oleh Safee Rahim ini. Walaupun berasa sebak dan terharu, mereka juga turut mendoakan kesejahteraan buat kedua-dua pasangan ibu dan anak ini.

“ORANG TUA SAYANG SEMUA…”

Ada juga yang meninggalkan komen bahawa ibubapa kita jika ditanya siapa yang disayang diantara anak-anak, pasti akan dijawab semua. Bagi kes Safee Rahim ini, mungkin ibunya lebih selesa untuk bergantung kepadanya berbanding adik beradiknya yang lain.

“MAK HANYA SATU DI DUNIA..”

Salah seorang pengguna Tiktok turut meninggalkan komen bahawa ibu hanya satu di dunia ini. Jadi kita kena terus kuat untuk berbakti kepadanya. Apa yang terjadi adalah perancangan yang terbaik daripada Allah S.W.T.

Semoga ibu Safee Rahim diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. Tidak lupa juga untuk didoakan Safee Rahim supaya terus kuat demi ibu tersayang.

SUMBER : T1KT0K iras..yash MSTAR

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*