Sakan karaoke dengan peminat, pakaian Hawa Rizwana dikec4m netizen… Akui dah biasa gaya kasual ketika di luar

GARA-GARA berkongsi video sedang berkaroke bersama peminat, penyampai berita Hawa Rizwana menerima kec4man netizen yang mempersoalkan penampilannya ketika acara tersebut.

Menjawab berkaitan komen-komen yang diberikan, Hawa, 27, berterima kasih atas perhatian yang diberikan dan akan mengambil iktibar terhadap semua teguran yang diberikan.

“Mungkin orang biasa melihat penampilan saya di kaca televisyen ketika menjadi penyampai berita. Apa yang saya pakai dalam video tersebut adalah gaya kasual sendiri yang biasa saya pakai apabila keluar.

“Terima kasih atas semua komen-komen yang diberikan. Saya tidak mar4h dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang.

“Saya juga mohon maaf, jika video tersebut membuat ada mana-mana pihak tersinggung,” katanya ketika dihubungi mStar.

Saya tidak m4rah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang

HAWA RIZWANA

PENYAMPAI BERITA

Menerusi video yang dimuat naik Hawa sebelum itu, bukan sahaja penampilannya dikr1tik, malah aktiviti karaoke juga mendapat kec4man netizen.

Bagi pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini, ada ketika dia juga mahu berkongsi aktiviti peribadi dan tidak hanya berkaitan dengan kerjaya samata-mata.

Apa yang penting baginya adalah setiap perkongsian itu tidak keterlaluan dan bukannya mendatangkan anc4man kepada orang lain.

Hawa terima teguran secara terbuka.

“Sebagai manusia biasa saya juga ada hobi sendiri, cuma sebelum ini jarang berkongsi di media sosial. Saya tidak mahu sekadar tunjuk kerja sahaja.

“Apa pun perkara yang saya buat ada batasnya. Saya tidak pernah lupa pesan ibu bapa dan tidak kacau orang lain,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*