Usahawan tak kisah batal semua kerja demi ada disamping sahabat kritikal
Nama Hafiz Mahamad bukanlah sesuatu yang asing jika kita merupakan pengguna tegar media sosial. Ushawan muda yang mengusahakan perniagaan kosmetik bersama isterinya kerap kali tular kerana melakukan kebaikkan.
Sekali lagi batal semua kerja di KL
Sebelum ini Hafiz pernah membatalkan segala urusannya di Kuala Lumpur dan ‘terbang’ ke Kelantan bagi menguruskan kemasukkan sahabat sewaktu kecil ke hospital kerana ditimpa sakit.
Kali ini,usahawan tersebut sekali lagi melakukan perkara sama dengan membatalkan segala mesyuarat yang sepatutnya dihadiri demi sahabat tersayang. Menurut perkongsian Hafiz, sahabat yang dikenali sebagai Loh itu kini sedang kritikal.
Rakan dah semakin kritikal
Dalam perkongsiannya di Instagram, Hafiz Mahamad memaklumkan Loh sedang tenat dan tidak sedarkan diri. Demi tidak mahu menyesal andai tiada disisi sahabatnya, dia terus bergegas ke Kelantan bersama beberapa lagi rakan untuk sama-sama berada di samping Loh.
Kumpul sahabat2 untuk ziarah Loh
Dalam pada itu, dia juga memaklumkan mengumpul rakan-rakan sewaktu mereka remaja untuk sama-sama membantu sahabatnya yang terlantar di hospital.
Dia membelikan tiket kapal terbang dan membiayai ujian saringan dengan membawa 2 orang sahabat mereka agar masing-masing dapat berada bersama dengan Loh.
Tak mahu meyesal
Hafiz sama sekali tidak menyesal menangguhkan segala urusannya kerana rakan-rakannya itu yang banyak memberikan dorongan dan semangat kepadanyan untuk terus berjaya.
Kawan yang sangat baik
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan Hafiz yang sangat prihatin dengan sahabatnya.
Mereka juga berasa terharu kerana masih ada sahabat yang begitu peka dengan rakan-rakan dan berharap agar Loh dapat kembali kembali sihat serta urusan mereka dipermudahkan.
Semoga semuanya baik2 sahaja
Permudahkanlah urusan mereka
Sumber: Hafiz Mahamad
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply