Resipi Donut Pandan Homemade Lembut Senang Buat
Rakyat malaysia ni, Dah serasi dengan donut ni, pelbagai jenis Donut ada. Tapi yang paling menjadi kegemaran ramai masyarakat malaysia ialah wajib donutnya tu gebu dan lembut. Kalau keras macam batu alamat tak laku la donut tu di jual. Jom admin Musang Live nak kongsikan Teknik yang betul untuk menghasilkan Donut pandan yang gebu dan sedap. Resipi Donut Susu Bau pandan ni hasil perkonsian daripada Zaimah Zakaria rugi tak cuba. Memang tak rugi cuba.
Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan-bahan
- 1 sudu kecil garam
- 500gram tepung roti
- 11 gram yis
- 10 gram bread improver
- 20 gram susu tepung
- 50 gram gula pasir
- 2 biji telur gred A
- 80 gram marjerin
- 160ml air sejuk
- 2 sudu kecil pes pandan
- susu tepung atau gula halus untuk salut donat.
Teknik Membuatnya :
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. uli sampai jadi doh yang licin.
3. Asingkan kepada doh kecil dan timbang setiap satu 50gram.
4. Bulatkan dan canai sedikit dan ambik penutup botol tekan bahagian tengah doh.
5. Tunggu doh naik sedikit dan boleh di goreng menggunakan api perlahan.
6. Salutkan dengan susu atau gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Gambar donat setelah digaul gula aising.
Jika suka resipi ini jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan facebook anda. Jangan Lupa Like page Musang Live. Tq
Leave a Reply